Thursday, 17 October 2013

Apa Yang Perlu Kita Tinggalkan

Haii Blog,

Long time, lama tak update any entry. Terutama selepas buat blog baru. Actually banyak yang aku nak ceritakan. Terlalu banyak sehingga tak tahu yang mana satu. Namun hari ini aku nak luahkan apa yang hati aku ingin luahkan. 

Apa yang perlu kita tinggalkan. Errm... seorang hamba ALLAH ini terlalu berbangga mengatakan dia telah menyediakan segalanya untuk anaknya. Tidak perlu risau lagi anaknya tidak akan menyusahkan sesiapa pun. Bagi aku baguslah kalau begitu. Kita tidak pasti bila ajal kita memanggil betul tak?

Cuma apa yang aku ingin kata kan tak perlulah mendabik dada mengabarkan kepada semua orang. Mungkin akan ada yang terasa. Cuma pada aku, kami tahu anda mampu, kami tahu anda ber'uwang. Tidak lah perlu mengwar-warkan nya. Kami juga tahu anda mampu. Kami juga pasti setiap ibubapa dimuka bumi ALLAH ini inginkan sesuatu yang terbaik untuk setiap permata hati mereka.  Cuma apa yang aku ingin tegaskan semua itu milik ALLAH. Tiada satu pun yang kekal. Mungkin hari ini ia milik kita tapi sesaat yang mendatang kita tak tahu mungkin ia boleh terlepas dari pandangan. 

Kita juga janganlah terlalu mendongak langit memuji bintang sehingga lupa rumput dibumi yang kehijauan. Dunia ini bulat seperti roda. Jangan lupa yang dibawah kerana tidak semestinya kita sentiasa berada di atas.

Aku juga tidak terkecuali. Namun bukanlah harta yang menggunung ingin aku tinggalkan buat permata hati ku. Aku berdoa agar mampu aku tinggalkan dia dengan ilmu di dada agar dia bisa menngorak langkah sebagai khalifah dimuka bumi ini. AlQuran di dada dan sebagai pegangan hidup agar dia sedar akan tanggungjawabnya di bumi fana ini. Itu lah yang aku cita-citakan. Supaya tangan permata hatiku yang menguruskan jenazah kedua ibubapanya. Tangan permata hati yang mengangkat takbir mengimamkan solat jenazah orang tuanya.  InsyaALLAH. 

Ilmu yang berguna, sesuatu yang tiada nilainya.  Itu lah  sebaik-baik peninggalan selain daripada harta benda.Itulah nasihat untuk diri sendiri. Meluahkan rasa hati pada sesuatu yang tidak bersuara. 

Semoga ALLAH memakbulkan impian dan doaku ini. Amin..

Thursday, 29 August 2013

My First Writting


Haii MLJ,

Errmm.. what should I write yaa.. just wonder.. errmm..
.
.
.
.
.
.

hanya untuk meluahkan segala rahsia hati yang tak mungkin orang lain akan mengerti..

life is to short but have to long story to talk about.. 
life is to sweet sometime can make u feel the pain.. 
life is to complicated but sometimes it's to easy.. 
smile..lough..pain..tears..  it's can be one.. 

sayang kamu,
MLJ